Rasa Disayangi


Wahhh…. Tajuk dah sangat syahdu…. Dalam kehidupan nana yang biasa nana nampak, hanya keluarga dan kawan – kawan rapat sahaja yang menyayangi diri kita. Tapi bila nana melibatkan diri dalam dunia perniagaan, orang – orang yang nana tak pernah kenal, tak pernah tegur yang selalu memberi kata – kata semangat, kata – kata peransang kepada nana. Mereka ini banyak membantu nana menjana pendapatan untuk keluarga nana, income gemuk’s setiap bulan. Membantu nana seperti keluarga sendiri. Nana rasa diri nana lebih berharga.
 

Ini lah satu- satunya sahabat yang mula- mula memperkenalkan kepada nana pasal bisnes ni. Pada mula sememangnya nana ragui sebab memang kami 1 sekolah menengah, tapi kami tak pernah bertegur sapa. Heheee… senang kata kami tak rapat pun. Tapi bila sama – sama buat bisnes, step by step kak noryn bagi nana ilmu untuk bantu orang mendapat INCOME lebih. Kita buat bisnes bukan untuk sesiapa, tetapi untuk keluarga kita sendiri.

Yang nana sangat tersentuh melihat kak noryn ni seorang ibu yang sangat cekal sebab membesarkan anak- anak dia bersendirian tanpa suami di sisi sebab suami dia 3 bulan sekali baru balik. Begitu gigih nya dia meninggalkan anak-anak untuk seketika mencari rezeki dan mengambil anak bila pulang dari mencari rezeki. Korang bayangkan rumah pengasuh anak-anak Kak Noryn ni bawah bukit. Ada sekali tu anak-anak dia tido, sorang – sorang kak noryn angkat naik turun bukit  masukan anak – anak dia dalam kereta. Sangat TOUCHING bila nana melihat keadaan itu bila nana membandingkan keadaan diri dia dengan nana yang ada orang jaga anak – anak di rumah.

Nana betul-betul jadikan dia contoh seorang wanita yang HEBAT dalam hidup nana sebab memang kak noryn berdikari dalam setiap sudut. Nana selalu cakap TAK TAHU. Kak noryn yang sentiasa ajar nana untuk nana sentiasa kuat dalam membesarkan anak – anak.
 

 

Dia sentiasa Tanya apa masalah nana. Sangat – sangat CARING tau. Itu yang seronok bila kite bisnes BERMENTOR. Ada sahaja orang ajar untuk kita Berjaya dalam hidup.

Baru sahaja kelmarin jumpa kak noryn untuk Booster ke Shang Hai di KFC Airport Senai. Sayang akak ketat- ketat..ngee
 
 


Orang kedua yang banyak memberi kata-kata semangat pada nana adalah KAK SEKA. Dengar nama dia sahaj dah pelik NOOR FORNSEKA SARBINI. Nana memang tak kenal dia langsung. Dia adalah seorang FINANCIAL CONTROLLER. Ibu kepada 3 orang anak yang sudah dewasa..maklumla orang kawen muda.hehee..

Kak seka selalu memberi tips2 untuk nana supaya nana tak mudah putus asa dalam kehidupan, banyak membantu nana bila nana dalam kesusahan. Masa nana mula – mula jumpa kak seka ni, dia orangnya tak garang, suka sangat ketawa. Soft spoken.bila berjumpa dengan nya ada sahaja benda yang nak di bincangkan untuk INCOME GEMUK’S setiap bulan.

Nana rasa macam tak percaya akan rapat dengan orang yang nana tak kenal dalam dunia perniagaan sahaja. Kak seka ni baru berusia 31 tahun tetapi sudah 5 buah Negara dia melancong. FREE tau..hasil dari bisnes ini sahaja. best tak?

Baru- baru ni Kak seka pergi Paris dan London tau..dia pun macam tak percaya dapat ke sana dalam bisnes ini sahaja. Dan ada cenderahati untuk nana dari PAris & London..uihhh..sukanyerrr...;))

Nana rasa sangat sukar untuk nana mencari bisnes lain yang nana rasa nana tak kan dapat  NIKMAT  Sedemikian rupa.

 


 

Orang yang ketiga ini adalah CDM NURFAZIHA. Orangnya sangat sweet . memang tak pernah kenal. Tapi baru sahaj semalam nana jumpa dengan dia (3.4.2013) bersamaan hari Rabu di Jusco Tebrau. Banyak sangat ilmu kak fazi beri pada nana untuk nana menambah INCOME untuk anak – anak nana. Walapun kak fazi tak kenal nana, tapi kak fazi anggap nana macam adik sendiri. Hubungan kami macam adik beradik. Kak fazi betul – betul pegang nana dan sentiasa cakap kalau ada masalah, beritahu dan kita boleh bincang.

 
Kak fazi juga selalu buat kelas untuk membuka minda kami untuk sentiasa berfikiran positif dalam dunia perniagaan. Yang paling nana suka kak fazi bagai seorang pendengar yang baik bila nana call mengadu masalah dengannya. Itu yang buat nana betul – betul terharu dengan kehadiran insan – insan seperti mereka semua ini.

Mereka pegang nana dan tidak pernah lepas nana walau sedetik pun. Nana rasa sangat – sangat dihargai , DISAYANGI dan di cintai..hehee…

Nana rasa sangat beruntung berada di bawah team GREEN LEADER GROUP JOHOR. Kami umpama adik beradik untuk mengejar IMPIAN yang semakin CERAH di hujung jalan. Saling bantu- membantu antara satu sama lain. I’m fell so lucky..

Perasaan ini akan dirasai bila kita dibawah team yang sama. Peluang bisnes itu banyak, tapi tak semua bisnes kita di ajar. Kebanyakan bisnes buat sorang – sorang. Team kami sangat HAPPENING dan sentiasa TOLONG orang untu tambah INCOME. Kita bisnes sama – sama tau. Pahala kita akan berlipat kali ganda bila kita TOLONG orang.

You can feel what I’m feel right now when you make money together with me and our team..;)

 
SMS/ WHATAPP NANA

0197540610

Comments

Popular posts from this blog

Herba Maharani untuk Kesuburan

Bio Ever Plus

Mari Rawat Buasir