Ibu & Anak
Sejak kebelakangan ni, apa pun yang nana buat semua nya kena
ada SEMANGAT dan Usaha sebab bila tengok muka anak- anak nana yang makin
membesar ni, nana selalu fikir “ nanti nak bagi dorang makan apa, baju apa,
belanja makin naik”….selalu nana tatap muka anak – anak sebelum ke sekolah…
Sampai sekolah, memang kerja sebagai seorang pendidik memang
tak akan habis..sampai satu tahap kalau nana balik lambat, anak nana yang tua mesti akan cakap macam ni “
mama, kenapa balik lambat?? Mama tak sayang abang ke?? Papa je balik cepat
sebab papa sayang abang dengan adik nina…. Nana hanya mampu berdiam sahaja..tak
tahu nak komen apa.. Dalam hati nana, seorang ibu mana yang tak sayangkan anak
- anak kan…sedangkan kucing pun
sayangkan anak – anaknya, inikan pula manusia…
Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Zaman sekarang semua
nak DUIT. Cabaran makin berliku. Perbelanjaan makin meningkat. Nak harapkan
DUIT GAJI sahaja memang tak cukup. Kalau ada anak sorang mungkin kite boleh
cakap, cukup la gaji nak sara anak-anak makan..tapi pernah tak kite fikir, tak
kan selamanya anak kite sorang sahaja?lepas tu, mungkin untuk anak, duit gaji
kita cukup, tapi diri kita? Ada tak duit untuk diri kita? Tanya la pada diri
sendiri..macam nana sendiri, anak 2orang, memang tiada duit untuk diri sendiri.
Bila gaji keluar, duit pada anak dahulu… tu yang penting..
Kalau mungkin ada yang berpendapat, tak pelah, benda ni
tiada, kita nak tangguh dapatkan sesuatu yang kita inginkan…tapi, kita tak tahu
yang kita ini sebenarnya banyak peluang untuk menambah pendapatan keluarga.
Cuma kadang – kadang u all akan cakap, ALA..TAK BOLEH LA… SUSAH LA… kalau kita
mahu, kita kena usaha.. fikirkan untuk anak – anak..
Sebagai seorang ibu, semestinya kita nak yang terbaik untuk
anak – anak kita..sekarang dah ada laptop, Ipad, Tab.. tak mustahil satu hari
nanti mungkin anak – anak kita akan menggunakan teknologi terkini untuk di bawa
ke sekolah bagi digunakan dalam sesi pembelajaran mereka.
Cuba bayangkan keperluan anak-anak kita pada 10 tahun akan datang…
Yang nana dapat bayangkan sekarang ni,
1)
Belanja Sekolah
Sekarang ni mungkin perbelanjaan kita
hanya untuk membayar yuran, membeli buku, t-shirt sahaja. Nana rasa kalau 10
tahun akan datang, ken a ready la Ipad @ laptop untuk mereka membuat tugasan
mereka. kalau anak seorang tu tak pela, kalau 4 orang, confirm ringan kocek….itu
baru sekolah pagi, tak termasuk sekolah agama, tuition dan macam – macam lagi.
Anak kita kalau Nampak anak orang
lain, mesti dia nak jugak. Kita sebagai ibu bapa ni kena la usaha lebih untuk
memberi kelangkapan yang terbaik untuk anak – anak kita.
2)
Permainan
Aktiviti budak – budak zaman sekarang
bukan lagi di padang, tetapi di dalam Cyber Café. Setuju tak nana cakap? Sebab nana
tengok kat Cyber Café ramai sungguh budak- budak sekolah melepak. KENAPA?sebab
di rumah, tiada rangkaian INTERNET. Kalau kita mahu anak – anak melekat di
rumah, kena lah kita pasang siap – siap INTERNET di rumah.
Memang ada baik buruknya memasang
INTERNET di rumah, tetapi sekurang –
kurangnya pergerakan anak- anak kita dapat di kawal berbanding mereka keluar
rumah. BETUL TAK??
3)
Makanan , Minuman & sakit pening
Masa kecil, susu dan pampers mesti
WAJIB kita beli. Tapi akan datang, mesti selera makan dan minum mereka
bertambah, semuanya akan bertambah. Cuma mereka dah tak pakai pampers lagi je
la…HEHEEE…
Nana ada ke MYDIN baru-baru ini sebab
belanja barang KEDAI BUKU SEKOLAH, ada seorang akak depan nana tengah bayar di
kaunter, memag penuh trolly dia. Nana pun Tanya la, banyak-banyak ni, untuk
berapa hari ya kak? Akak itu pun jawab, “ sebulan dik, ini pun ntah cukup ke
tidak..ini pun ada lagi barang-barang makan anak-anak yang lupa nak ambil,”
seloroh akak itu sambil menggelengkan kepala. Nana Nampak akak tu keluarkan
duit RM350 untuk belanja sebulan. Belanja ini pun bukan yang tetap. Akan keluar
lagi dan lagi…pening kan???
Itu belum anak-anak sakit. Sekarang ini
cuba Tanya pada diri sendiri, ada tak saving untuk anak – anak untuk persediaan
kalau mereka SAKIT? Hujung bulan sekalipun kita kena simpan paling kurang
sekarang rm100 kalau tiba-tiba mereka sakit. Fikir- fikirkan lah…
4)
KEPERLUAN
Teknologi bertambah maju. Ekonomi bertambah
runcing. Gaji naik pun tak banyak. Bonus hanya dapat di hujung tahun. Itu pun
bergantung kepada company masing – masing. Tapi keperluan anak – anak perlu
kita juga sediakan.
Pakaian sudah semestinya. Memang kita
tak beli tiap – tiap bulan. Tapi, kena ingat, tak kan anak kita nak pakai baju
yang sama sahaja setiap tahun? Kita sendiri pun kadang – kadang malu kalau
asyik pakai pakaian yang sama sahaja saban hari. Mesti satu hari nanti meneraka
akan mengeluh. Yang kita mampu hanya kuasa MEMUJUK. Kesian anak – anak kita kan…
Bila dah ada Ipad, Tab, sekarang ni
tak SAH kalau budak – budak tiada HANDPHONE. Dahulu nana masa buat diploma je
baru dapat handphone, itu pun handphone orang cakap handphone lesung batu. Tak pelah,
janji boleh call dan sms. Bila dah jadi posting baru la dapat tukar handphone,
itu pun tunggu gaji tunggakan. So sad…
Bila anak – anak sudah ada handphone,
kenala sedia duit lebih untuk TOP UP… betol tak??? Kita sebagai ibu bapa mesti
nak memudahkan anak – anak telefon kan. so, kena la sedia duit TOP UP pulak…
Kalau kita tak senarai kan keperluan
anak – anak kita, mesti kita bayangkan hidup ini sangat INDAH. Akan sentiasa
fikir yang DUIT GAJI always cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga. Ini baru
perbelanjaan anak, belum lagi perbelanjaan rumah.
Nana sendiri tak pernah terfikir akan
buat bisnes sekarang ni. Sebab sampai bila nana nak MAKAN GAJI. Sekarang Alhamdulillah
sangat bersyukur dengan adanya duit gaji + DUIT BISNES. Walaupun nana baru nak
masuk 3 tahun mengajar, alhamdulilah perbelanjaan anak – anak yang nana dapat
di penuhi. Syukur sangat..
Benar, kita hidup sekarang memerlukan
duit. Kalau kita tiada duit, kita nak bagi anak – anak kita makan apa?? Kita tak
makan tak pe. Tapi yang penting PERUT ANAK – ANAK perlu di isi terlebih dahulu.
Walaupun kita sebagai suri rumah
sekalipun, kita mesti mahukan yang terbaik untuk anak – anak kan. so, u Alls
fikirkan la apa yang terbaik untuk anak – anak pada masa akan datang. Sekarang kita
perlu kejar masa, bukan masa yang mengejar kita.
Zaman sekarang, ramai perempuan yang
terlebih dahulu yang memulakan bisnes, KENAPA?? Sebab persediaan untuk kaum
HAWA sendiri. Kita kena sediakan saving dari sekarang dan bantu pendapatan
keluarga kita kerana kita tak tahu apa akan berlaku pada kita sekeluarga pada
masa akan datang.
Love,
Nana
Comments
Post a Comment